Kisah Rabiatul Adawiyah

Kisah Rabiatul Adawiyah
Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah.
Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah
hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi
dalam mencari ketenangan hidup.Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan
menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul
Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat
orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung
sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya
meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan
mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang
lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat
untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.Suatu hari
timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu
sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi
menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga
diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan
ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia
sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah
tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada
Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa
kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada
suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul
Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian
serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada
Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan
berdoa.Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan
oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada
raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi.
Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai
yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada
suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri
di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam
rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh
Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah
tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul
mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi
mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat
serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada
Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.Pada masa
yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah
pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta
yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan
harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang
disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang
memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang
indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia
mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada
lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah
. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu
dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang
nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
'Tqvm'